Wanita Dirogol Rakan Suami Lepas Sambut Hari Lahir

KUALA LUMPUR — Seorang wanita menjadi mangsa rogol kepada rakan suami selepas menyambut hari jadi di sebuah pusat hiburan di sini.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata mangsa berusia 42 tahun dirogol selepas suaminya enggan menghantar wanita itu ke tempat kerja, lapor Metro.

“Rakan lelaki [suami] terbabit tidak menghantar mangsa ke tempat kerja sebaliknya membawanya ke sebuah hotel di Jalan Klang Lama.

“Mangsa mendakwa dirogol di bilik hotel berkenaan ketika dalam keadaan separuh sedar akibat kesan pil tidur.

“Dia kemudian menceritakan kejadian kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” sumber dilaporkan berkata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.