Video : Netizen Kecam 339 Kanak-Kanak, Remaja Palestin Dipenjara

Laporan terbaharu AlJazeera menunjukkan tentera Israel melakukan “penderaan” terhadap kanak-kanak-kanak dan remaja Palestin di Baitulmuqaddis Timur.

Video itu menerima kecaman daripada netizen yang tidak menyokong dan mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan tentera Israel, yang menangkap kanak-kanak dan remaja lalu memenjarakan mereka.

“Sekiranya kanak-kanak membaling batu di UK, kami tidak melakukan penderaan, menyeksa menahan atau memaksa mereka, “tulis Anita Patmar.

“Ia memalukan. Kanak-kanak ini terpaksa hidup tanpa elektrik. Apa yang mereka harapkan di bumi?,”kata Julia.

Nick NoW menulis, “Rejim Israel, Nazi moden. Apa yang mereka lakukan ialah mewujudkan lebih banyak kebencian di dunia ini … seperti tidak cukup dalam hidup ini !!”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.