Video : Ingat Anjing Digigit Serangga, Rupanya…

Seekor haiwan peliharaan sebuah keluarga, dari Seymour, Indiana, A.S. menderita disebabkan banyak peluru di badannya.

Berita newsely.com melaporkan, Hayden Howard mendapati sesuatu mengenai anjingnya kemungkinan besar disebabkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan pada mulanya, dia melihat tubuh Jackson, kelihatan seperti gigitan penuh oleh serangga.

Hayden memanggil anjingnya, Jackson yang bermain di taman belakang pagi itu kemudian berasa terkejut melihat keadaan anjing itu.

Selepas menyedari anjingnya cedera parah, Hayden segera membawa dia ke klinik veterinar.

Doktor haiwan yang memeriksa Jackson, mendapati tembakan peluru kecil oleh tembakan seseorang dengan yang menggunakan pistol BB.

“Ia berada di bawah matanya, di telinganya, satu di kakinya, peluru di mana-mana,” kata Hayden.

Jackson telah ditembak di hampir keseluruhan tubuhnya.

Doktor juga perlu mencukur bulu untuk membuang peluru terbabit.

27 peluru telah dikeluarkan dari tubuh Jackson.

Terdapat 20 lagi yang masih berada ditubuh Jackson.

Jackson juga ditembak di tempat lain dimana 20 tempat di mana peluru itu tidak dapat menembusinya.

Secara keseluruhan terdapat kira-kira 70 tembakan pada badan Jackson.

Laporan polis dilakukan Hayden dengan serta-merta untuk memudahkan siasatan.

Tidak lama kemudian polis akhirnya mendapati defendan yang dituduh selepas mencari senjata dan peluru itu merupakan jiran Hayden.

Jiran terdahulu mempunyai masalah penyalahgunaan dadah.

Apa yang ajaibnya, Jackson bertambah baik selepas mendapatkan rawatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.