Tol Batu Tiga Dimansuhkan Atas Permintaan UMNO Shah Alam

Berita pemansuhan kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau telah disambut dengan kegembiraan terutama kepada pengguna tetap di laluan berkenaan.

Malangnya, pengumuman pemansuhan kutipan tol yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semasa membentangkan Bajet 2018 semalam, disambut dengan sinis oleh pembangkang.

Bukan itu sahaja, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cuba meraih kredit kononnya pemansuhan itu dibuat atas desakan pembangkang. Walhal yang sebenarnya penghapusan tol Batu Tiga itu adalah atas desakan UMNO  Bahagian Shah Alam.

Malah usul mengenainya juga sering dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) setiap tahun.

Sejak 2013 lagi, UMNO Shah Alam telah memperjuangkan isu tersebut dan mereka telah membuat piket bagi meminta agar tol itu dimansuhkan. Dengan pemansuhan dua tol itu penduduk dari dua daerah berkenaan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM120 sebulan.

Rakyat Selangor yang tinggal di Klang dan Shah Alam dikenakan tol RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau ke Klang.

Terbukti bahawa suara-suara rakyat ini mendapat perhatian Perdana Menteri dan keputusan yang dibuat itu juga adalah menunjukkan bahawa beliau prihatin dengan masalah dan rungutan penduduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.