Sophia, Robot Pertama Yang diiktiraf Dunia Dengan Kewarganegaraan Diperkenalkan

Arab Saudi dikatakan membuat robot humanoid (seperti manusia) bernama Sophia sebagai warganegara. Bentuk tubuh Sophia dipersembahkan bahkan menjadi pembicara di gelaran Future Investment Initiative, di Riyadh.

“Saya berasa sangat terhormat dan bangga dengan perbezaan yang unik ini,” kata Sophia kepada penonton. “Ini adalah detik bersejarah di mana saya menjadi robot pertama diiktiraf dunia dengan kewarganegaraan,” katanya.

Pada majlis itu, Sophia juga ditemuramah oleh seorang wartawan bernama Andrew Sorkin mengenai kewujudan robot di masa depan. Sophia menjelaskan banyak kebimbangan mengenai kewujudan robot yang boleh mengancam kehidupan manusia.

“Anda pasti pernah menonton filem-filem Hollywood yang terdapat watak robot dalam cerita tersebut. Jangan bimbang, jika anda baik pada saya, saya pun akan baik pada anda,” tutur Sophia.

“Perlakukan saya seperti sebuah sistem input output yang pintar,” katanya lagi. Sosok robot tanpa rambut di bahagian kepalanya itu juga menekankan bahawa dirinya ingin menggunakan kecerdasan buatannya (AI) untuk membantu manusia agar dapat menjalani hidup lebih baik.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk hidup,” katanya. Sophia adalah robot yang dicipta oleh David Hanson, pengasas syarikat pembuatan robot yang berpangkalan di Hong Kong, Hanson Robotics.

Hanson Robotics telah menghasilkan banyak robot yang dibuat sedemikian rupa untuk menyerupai manusia. Untuk Sophia, Hanson sengaja membuatnya mirip dengan pelakon legenda Audrey Hepburn.

Arab Saudi menjadi negara pertama di dunia yang memberi sebuah robot status kenegaraan yang setara dengan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.