Reaksi Pengguna Twitter, #Bajet 2018

KUALA LUMPUR ― Bajet 2018 mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, antara mereka yang teruja dengan yang sering mempertikaikannya.

Isu yang menarik perhatian mereka termasuklah pemansuhan tol, harga durian RM800 sebiji di Hong Kong dan tabungan RM200 untuk bayi yang lahir antara 2018 hingga 2022,lapor MMO.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek sungguh gembira dengan pengumuman tersebut, menyifatkannya “bajet terhebat”.

Sementara Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan insentif RM200 yang dibentang oleh Datuk Seri Najib Razak seolah-olah mencontohi polisi di Selangor.

Begitu juga pemansuhan tol yang disebut perdana menteri, ada yang melihat tindakan tersebut telah diperjuangkan oleh pembangkang sejak beberapa tahun lalu.

Berikut beberapa reaksi terpilih di Twitter semalam:

Zahid Hamidi‏ @Zahid_Hamidi: Alhamdulillah #Bajet2018 merupakan suatu keterangkuman dan rasa kepedulian yang menyeluruh untuk semua segmen masyarakat di Malaysia.

Shabery Cheek‏ @shaberyc: Terima kasih, perdana menteri. Bajet terhebat untuk pertanian. Masa untuk melaksanakan aspirasi beliau.

Zambry Abd Kadir‏ @ZambryOfficial: Terima kasih Datuk Seri Najib Razak atas pengisytiharan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

Mohamed Azmin Ali @AzminAli: Selangor sudah lama berjaya melaksanakan TAWAS. Malangnya, Najib Razak baru teringat nak lancar ADAM50. Ayuh mari Selangor pimpin Putrajaya.

Lim Guan Eng‏ @cmlimguaneng: RM800 sebiji! Sekarang sukar untuk rakyat makan durian atau musang king. Mungkin nak mahal-mahal supaya jaga kesihatan rakyat. Terima kasih BN

Ong Kian Ming‏ @imokman: Dalam Bajet Pakatan Harapan, tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN selagi pendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 sebulan.

Khalid Samad‏ @KhalidSamad: Jadikan penghapusan Tol Batu 3, Sungai Rasau dan lain-lain dalam Bajet 2018 sebagai permulaan. Selesaikan prosesnya dengan kita menangkan Pakatan Harapan. Semua tol dihapus

A Samad Said‏ @asamadsaid: Bajet bersantan ke pilihan raya; Gulai yang tengek, basi dan meloya.

Nurul Izzah Anwar @n_izzah: Kejutan yang menarik. Soalan cepu emas, berapa pampasan yang dibayar kepada syarikat konsesi? Durian runtuh bebanan rakyat #Bajet2018

Buddhi Hèkayat‏ @HasmiHashim: Lewat tol Batu Tiga sekejap tadi. Pertama kali aku lalu di sini pada 1994, kena bayar 50 sen. Lagi dua bulan kau boleh pergi. #Bajet2018

Herman Afandi‏ @hermanafandi: @NajibRazak Syabas YAB Datuk Seri. Bajet terbaik! Boleh juga saya jimat duit tol RM2 dalam sehari, sebulan RM60. Okaylah itu!

Saifuddin Shafi @SaifuddinShafi: Pada 2012, Angkatan Muda Keadilan Selangor sudah berdemo agar tol Batu 3 dan Sungai Rasau dihapuskan. Najib ambil lima tahun untuk hapus tol.

Alyaa Azme‏ @thisisAlyaa: Tol Sungai Rasau dan Batu 3 dimansuhkan. I love Bajet 2018

J‏ @princessgg87: Aku rasa satu-satunya kegembiraan aku dalam Bajet 2018 adalah tol Batu 3 akan dihapuskan tahun depan. Itu sahaja.

Malishark Doo Doo‏ @malissaali: Baca komen Bajet 2018, orang minta dinaikkan lagi cuti bersalin kepada 120 hari daripada 90 hari [yang dibentang]. Berhenti kerja teruslah, kak oi!

Laila‏ @aishahnurhakim: Belanjawan [yang] mesra wanita mengandung?

Azwar Kamaruzaman @mohamad_azwar: Kalau beranak di Selangor dapat RM500 dan #ADAM50 dapat RM200, jadi sudah dapat RM700 #Bajet2018 Jadi, pilihlah tempat beranak yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!