Peruntukan RM50 Juta Selenggara Sistem Pendawaian Sekolah Tahfiz Berdaftar

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukan kira-kira RM50 juta kepada GiatMara untuk membaikpulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan itu sebagai usaha kerajaan memartabatkan syiar Islam dan mengutuhkan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz.

Katanya, kerajaan simpati dengan tragedi kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa pelajar termasuk dua guru Pusat Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung di sini, bulan lalu.

“Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Di samping itu, kata Najib, selain peruntukan RM588 juta bagi bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru Kelas Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir yang diterima selama ini, untuk lebih menghargai mereka termasuk Tok Siak, kerajaan turut mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 kepada mereka.

Katanya, RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, yang akan memanfaatkan lebih 65,000 orang dengan peruntukan hampir RM100 juta. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.