Pemimpin PPBM Umum Keluar Parti

KUALA KANGSAR – Bekas Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kuala Kangsar, Dul Hayati Baheran semalam mengumumkan keluar parti setelah beliau melepaskan jawatannya pada minggu lepas.

Menurutnya, keputusan itu disebabkan terdapat segelintir ahli memintanya berbuat demikian dan tindakan keluar parti disokong oleh ahli jawatankuasanya berikutan beliau mengkritik kepemimpinan PPBM Perak.

“Saya ingin menegaskan bahawa tindakan saya ini kerana tidak percaya dan tidak bersetuju dengan kepemimpinan parti peringkat negeri.

“Saya tidak rasa PPBM boleh menjadi ketua Pakatan Harapan di Perak. Susah untuk menang kalau PPBM jadi ketua,” katanya dalang sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Dul Hayati, beliau akan menghantar surat rasmi berhubung perkara itu kepada kepemimpinan tertinggi parti pada Isnin ini.

“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan PPBM kerana sudah mengumumkan keluar parti,” katanya.

Minggu lalu, Dul Hayati meng­umumkan meletak ja­watan sebagai Ketua Penaja PPBM Kuala Kangsar namun kekal sebagai ahli parti.

Beliau meninggalkan parti kerana mendakwa PPBM Perak kehilangan punca dan arah dalam perjuangannya.

Turut mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti ialah Ketua Penaja PPBM Bahagian Parit, Rosli Ali. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.