Pemansuhan Kutipan Tol Batu Tiga, Sungai Rasau 20 Tahun Lebih Awal

KUALA LUMPUR – Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau mulai 1 Januria yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018 adalah 20 tahun lebih awal daripada jadual konsesi.

PLUS Malaysia Berhad berkata, berdasarkan Perjanjian Konsesi yang disemak semula pada tahun 2011, kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadual berakhir pada 31 Disember 2038.

Perjanjian Konsesi 2011 telah disusun semula berikutan penswastaan ​​PLUS pada tahun yang sama, menyaksikan kutipan tol diselaraskan di semua plaza tol yang berada di bawah kawasan PLUS termasuk Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Di samping itu, tiada kenaikan tol dilaksanakan oleh Kerajaan dan/ atau PLUS di semua lebuh raya sejak tahun 2005.

Pemegang konsesi lebuh raya itu berkata, terdapat beberapa pertanyaan mengenai pampasan bagi PLUS dengan pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi iaitu Batu Tiga dan Sungai Rasau serta Bukit Kayu Hitam di Kedah.

“Memandangkan perbincangan berterusan, kami akan membuat pengumuman yang diperlukan apabila menerima maklumat lanjut daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.