Netizen Terkejut Dan Keliru Dengan Gambar Pasangan Ini, Sekilas Pandang Nampak Biasa, Rupanya…

Setiap pasangan yang bakal berkahwin pasti ingin membuat foto pre-wedding mereka. Mereka menggunakan konsep tertentu supaya gambar mereka  kelihatan unik dah berbeza. Mereka juga tentu ingin membuat gambar pernikahan mereka kelihatan romantis dan bermakna.

Hal tersebut juga dilakukan oleh pasangan yang berasal dari Austin, Texas, ini. Foto pre-wedding mereka sekarang tersebar di media sosial. Julissa dan Austin adalah pasangan kekasih yang baru saja bertunangan. Julissa adalah seorang mahasiswa jurusan kecantikan. Sementara itu, Austin ketika ini bertugas sebagai tentara.

Foto Julissa dan Austin

Minggu lalu,  pasangan itu merancang untuk mengambil gambar pre-wedding. Kedua-duanya memilih kawasan terbuka yang penuh dengan pokok-pokok sebagai latar belakang gambar mereka.
Julissa mahu memastikan dia mempunyai beberapa gambar dengan Austin dalam pakaian seragam  sebelum dia keluar dari tentera. Gambar-gambar romantis pasangan ini diabadikan oleh Norma Acosta Photography dan hasilnya sangat cantik.

Foto Julissa dan Austin

Gembira dengan hasilnya, Julissa menunjukkan gambar yang telah dicetaknya pada ibunya. Apabila  ibunya melihat gambar mereka,dia nampak aneh.. Ibunya mengatakan  hanya melihat Julissa duduk bersendirian. Julissa keliru dengan pengakuan ibu.

“Saya rasa dia buat lawak, tetapi dia serius,” katanya. Dalam foto tersebut Julissa kelihatan duduk sendirian. DIa kelihatan cantik mengenakan off-shoulder dress berwarna coklat. Rambutnya panjang terurai dan dia tersenyum ke arah kamera.

Di belakangnya banyak pokok dan rumput hijau yang tumbuh. Jika diperhatikan sepintas lalu, gambar Julissa kelihatan biasa. Tetapi, jika diperhatikan, kelihatan  ada bentuk tetapi samar-samar. Tubuh tersebut tak lain adalah Austin.

Foto Julissa dan Austin

Lelaki tersebut memakai pakaian seragam tentera berwarna hijau coklat. Hal ini membuat Austin sekilas tampak seperti kerusi taman. Julissa  turut memuat naik gambarnya  ini ke akaun Twitter-nya. Julissa menulis caption, “Ya, aku adalah ratunya.” Tak disangka, netizen juga melihat kejanggalan yang sama. Banyak dari mereka yang tak menyedari kewujudan Austin. “Saya bersumpah saya tidak melihatnya dalam gambar pertama.”

Sayangnya, walaupun sempat viral, Julissa telah menghapus tweet pertama yang dia muat naik. Meskipun begitu, sudah terbukti seragam militer Amerika Syarikat sangat sesuai kerana boleh membantu penyamaran. Apa kamu anda pernah mengalami kejadian serupa?

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.