Lelaki Hidup Semula Ketika Sedang Dikebumikan

KELUARGA seorang lelaki yang sedang bersedih dengan kematiannya terkejut apabila mendapati lelaki berkenaan masih hidup, tidak lama selepas mayatnya dimasukkan ke dalam keranda.

Watson Franklin Mandujano Doroteo, 24, disahkan meninggal dunia oleh doktor di Hospital Kontingensi Tingo Maria di Peru akibat demam selepas menjalani pembedahan pergigian.

Bagaimanapun pekerja dan saudara-mara terkejut melihat dia masih bernafas ketika dikebumikan.

Seorang doktor telah dipanggil dan dia mengesahkan Doroteo menunjukkan tanda-tanda masih hidup, justeru dia dibawa keluar dari keranda dan dikejarkan ke hospital.

Malangnya dia diisytiharkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Sekarang keluarganya sedang menuntut keadilan dan polis sedang menyiasat kes tersebut.

Doroteo mula dimasukkan ke hospital selepas menerima rawatan pergigian di sebuah klinik di Aguaytia pada 21 Oktober, Los Andes melaporkan.

Tetapi dia dibawa ke hospital di Tingo Maria selepas demam dan menggigil berikutan pembedahan. Dia dianggap telah diberikan sedatif.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia, tetapi timbul dakwaan dia hanya mengalami kesan sampingan daripada ubat sedatif.

Salah seorang saudara-maranya memberitahu El Comercio: “Mereka memberinya diazepam (ubat yang mempengaruhi sistem saraf otak dan memberikan kesan penenang).”

Tidak diketahui sama ada polis menyiasat doktor terbabit atas kecuaian atau sebaliknya. – metroUK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.