Dalang Pembunuhan Suami Aktres Seon Mi Adalah Sepupu Sendiri

Kejadian sebenar di sebalik pembunuhan suami kepada aktress Korea Selatan, Song Seon Mi akhirnya terbongkar. Rupa-rupanya pembunuhan Ko, 45, telah dirancang oleh sepupunya sendiri.

Motif pembunuhan adalah kerana berebut harta peninggalan datuk mereka. Ko dibunuh pada 21 Ogos lalu selepas mengadakan perbincangan dengan peguam.

Perkara itu didedahkan oleh seorang suspek, Cho, yang telah ditangkap pada bulan Ogos lalu. Cho sebelum ini menjadi saksi dalam perbicaraan melibatkan harta pusaka milik keluarga Ko pada awal tahun ini.

Sebelum ini Cho dikatakan terlibat dalam pembunuhan itu kerana marah disebabkan tidak mendapat ganjaran yang sepatutnya kerana menjadi saksi namun selepas siasatan dijalankan, barulah terbongkar bahawa dalang pembunuhan itu adalah sepupu Ko sendiri.

Penglibatan sepupu Ko itu hanya diketahui selepas polis memeriksa telefon bimbit dan alatan elektronik Cho.

Terdapat bukti bahawa sepupu Ko telah berpakat dengan Cho untuk pembunuhan Ko. Malah sepupunya itu juga telah menjanjikan sebanyak $1.8 juta dolar kepada Cho jika dia berjaya membunuh suami Seon Mi itu.

Susulan itu, Cho dan sepupu Ko telah ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.