AS Tidak Tergesa-Gesa Mahu Berperang

BANGKOK – Washington tidak tergesa-gesa untuk berperang dengan Korea Utara, kata Setiausaha PertahananAmerika Syarikat (AS), Jim Mattis.

Menurut Reuters, beliau berkata, sebaliknya, AS sebaliknya berusaha mencari satu ‘resolusi secara aman’ bagi menyelesaikan ketegangan yang timbul ekoran ancaman nuklear negara tersebut, lapor Kosmo.

Tempoh beberapa bulan lalu me­nyaksikan Korea Utara melakukan ujian nuklear keenam dan melancarkan sejumlah peluru berpandu yang mencetuskan perang mulut antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Mattis yang tiba di Thailand semalam susulan satu mesyuarat bersama rakan ASEAN di Filipina berkata, Washington bukannya mahu berperang tetapi mencari satu penyelesaian diplomatik.

“Adakah kami mempunyai pilihan ketenteraan untuk mempertahankan diri jika kami atau sekutu kami dise­rang? Ya, sudah semestinya. Tetapi semua pihak mahu resolusi secara aman,” kata Mattis.

Susulan perbincangan bersama sekutu Korea Selatan dan Jepun di luar forum keselamatan di Manila, menteri-menteri itu bersetuju bahawa program persenjataan Pyongyang adalah ancaman dan berikrar menggandakan tekanan diplomatik ke atas rejim itu.

“Itu adalah perkara sebenar-benarnya iaitu membawa Republik Demokratik Rakyat Korea berada di laluan diplomatik,” kata Mattis.

Mattis kini dalam misi kunjungan ke negara-negara Asia dan beliau dijangka tiba di Seoul hari ini untuk mesyuarat pertahanan tahunan sebelum Trump melawat Korea Selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.