Amerika Gesa Tentera Myanmar Henti Kekejaman

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson, menggesa ketua tentera Myanmar membantu menamatkan keganasan di Rakhine yang menyebabkan ratusan ribu etnik Islam Rohingya melarikan diri.

Dalam perbualan telefon dengan Mun Aung Hlaing, Tillerson menyatakan kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan berterusan dan laporkan kekejaman di Rakhine, menurut kenyataan jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert.

“Setiausaha Negara menggesa pasukan keselamatan Myanmar menyokong kerajaan dalam menamatkan keganasan di Rakhine dan membolehkan mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam krisis itu kembali dengan selamat, terutama ramai etnik Rohingya,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.