Video : Tun M Tidak Tahu Khairuddin Keluar Parti PPBM

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad akui tidak mengetahui Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar dari menjadi ahli berkuatkuasa serta merta, semalam.

 

“Saya tak tahu kata dia keluar. Saya tak tahulah (sebab) saya tak dengar lagi daripada dia,”katanya mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairuddin semalam.

 

Ditanya adakah beliau terkejut dengan tindakan dan laporan kenyataan yang dikeluarkan media mengenai Khairuddin, beliau berkata, dia tidak mengetahui perkara tersebut sahih atau tidak.

 

 

“Tak tahulah, benda betul atau tidak. Tak apa, saya kena bercakap dengan Khairuddin sendiri,”katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

 

Terdahulu, Khairuddin membuat tindakan tersebut berikutan memberi tumpuan secara sepenuh masa bagi menghadapi kes-kes mahkamah selepas ini.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.