Polis Buru Anggota SPRM Dera, Ugut Isteri Dalam Pantang Guna Parang

Polis Johor sedang mengesan seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai memukul dan mengugut isterinya dengan parang.

 

Kisah luahan hati dan laporan polis isteri suspek yang dikatakan didera teruk yang diviralkan dalam laman sosial Facebook sejak semalam.

 

Mangsa turut mendakwa menerima kesan henyakkan di perut semasa berpantang, dihempas kepala dengan komputer riba serta dihina maruah keluarganya.

 

Polis menerima dua laporan polis berhubung kes itu, milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

 

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata dua kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa, lapor Bernama.

 

Mangsa kini menerima rawatan ekoran seks ganas suspek.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.