Pemandu Bas Dibakar Hidup-Hidup Dengan Cecair Mudah Terbakar

SYDNEY – Seorang pemandu bas dibakar hidup-hidup oleh seorang penumpang dengan cecair mudah terbakar hadapan penumpang lain di dalam sebuah bas di Brisbane, hari ini.

 

 

AFP melaporkan, sehingga kini masih belum ada motif jelas mengenai punca pembunuhan lelaki berusia 29 tahun yang dikenali oleh media tempatan sebagai Manmeet Alishaer, seorang penyanyi terkenal dalam kalangan masyarakat India Punjabi.

 

Pegawai polis, Jim Keogh berkata, ini adalah satu kejadian ngeri yang berlaku di daerah di Moorooka.

 

 

“Kes ini jarang berlaku apabila tiada motif yang jelas.

 

 

“Seorang pemandu bas, yang hanya melakukan kerjanya untuk membantu masyarakat, telah diambil nyawanya, disifatkan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

 

 

Suspek berusia 48 tahun itu ditahan di perhentian bas dan diletakkan dalam tahanan polis.

 

 

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menendang pintu belakang bas untuk menyelamatkan penumpang lain.

 

 

“Nasib baik keseluruhan bas itu tidak terbakar,” kata Keogh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.