Padam Kebakaran, Bomba Patah Tulang Rusuk

KUALA LUMPUR – Akibat terkena hentakan nozel dalam operasi memadam kebakaran di Lorong 8, Kampung Pandan di sini malam tadi, seorang anggota bomba patah tulang rusuk kiri.

 

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ampang berkata, Mohd. Firdaus Mohd. Amin, 25, dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

 

“Mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Ampang kini stabil dan dibenarkan pulang kira-kira 1 pagi tadi,” katanya, petik Bernama.

 

Dalam pada itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, kejadian kira-kira 10 malam tadi itu memusnahkan empat rumah setinggan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran disertai 33 pegawai dan anggota serta tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Ampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.