Mayat Lelaki Terjun Jambatan Ditemui

SEBERANG PERAI – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung dan sudah kembung berdekatan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

 

 

Mayat lelaki yang lengkap berpakaian bersama beg berisi bata yang masih digalas pada bahunya itu dijumpai sekumpulan nelayan pantai pada jarak 1 batu nautika dari lokasi Mohd Shukri Saad, 38, itu dilaporkan terjun di Kilometer 11.3 jambatan berkenaan Rabu lalu.

 

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan sebelum diserahkan kepada polis untuk pengesahan identiti.

 

 

Difahamkan, proses pengecaman akan dilakukan ahli keluarga Mohd. Shukri di Hospital Sungai Bakap sebentar lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.