Wanita Rentung Dalam Myvi

Kota Bharu – Seorang wanita rentung di dalam kereta Perodua Myvi yang dipandunya dipercayai selepas terbabas dan terbakar ketika cuba menggelak pokok tumbang, awal pagi tadi.

 

Mangsa, Ayu Adilah Alias, 33, ditemui kira-kira jam 6 pagi tadi di dalam keretanya di Kilometer 5, Jalan Pasir Puteh-Jelor-Bachok dekat Kampung Jelor Hulu, Pasir Puteh.

 

Difahamkan, kemalangan tragik itu menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta.

 

Mengikut maklumat awal, mangsa memandu kereta seorang diri menghala ke Jelawat, Bachok sebelum hilang kawalan dipercayai mahu mengelak pokok tumbang.

 

Akibatnya kereta mangsa terbabas ke kiri jalan dan menjunam ke dalam parit dan terbakar.

 

Mangsa pula dipercayai gagal keluar untuk menyelamatkan diri dan terperangkap.

 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superitendan Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.