Video: Polis Buru Wanita Tuang Mi Panas Atas Kepala Pelanggan

London (Britain) – Gara-gara menuang mi panas di atas kepala seorang pelanggan kerana berebut kerusi seorang wanita kini menjadi buruan pihak berkuasa Britain.

 

Menurut laporan Dailymail, tindakan wanita tersebut dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di gerai mi di Argyll, Soho, baru-baru ini.

 

 

Kejadian berlaku selepas mangsa yang berumur 24 tahun datang untuk membeli makanan terlibat dengan pertengkaran merebut kerusi di gerai tersebut.

 

Seorang lelaki yang bersama-sama wanita berkenaan kemudian menumbuk mangsa di bahagian muka.

 

Polis Britain mendedahkan rakaman tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.