Video: Lelaki ‘Kantoi’ Raba Punggung Perempuan Dalam Tren

Singapura – Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing meraba punggung seorang wanita dalam sebuah tren terbongkar apabila tindakannya itu berjaya dirakam seorang penumpang tren di sini, baru-baru ini.

 

Memetik laporan sebuah portal tempatan Stomp, video yang berdurasi kira-kira 17 saat itu menunjukkan lelaki itu bertindak memegang punggung wanita yang sedang berdiri dalam tren beberapa kali sebelum penumpang lain menyedari aksi lucahnya itu.

 

 

Namun, lelaki itu kelihatan terkejut lalu menjauhkan dirinya apabila menyedari tindakannya itu dirakam oleh seorang penumpang dalam tren itu.

 

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang terhadap perbuatan lelaki itu di mana video tersebut telah ditonton lebih daripada 27,000 kali dalam masa kurang dari sehari selepas video tersebut tersebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.