Video: Kenyataan Wan Azizah “Naik Train Ada Tol” Jadi Jenaka Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencuri tumpuan umum beberapa hari kebelakangan ini apabila video kenyataannya mengenai keretapi dikenakan tol menjadi bahan jenaka di media sosial.

 

Dalam rakaman video tersebut, wartawan bertanyakan pandangan Wan Azizah mengenai lebuh raya Pan Borneo yang tidak dikenakan tol, namun jawapan yang diberikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tersasar dari soalan.

 

“Datuk, free tol di (lebuh raya) Pan Borneo adalah untuk memancing undi PRN Sarawak ke?,” tanya salah seorang wartawan di situ.

 

Mungkin kerana tersilap dengar atau salah faham soalan, Wan Azizah yang juga Presiden PKR menjawabnya dalam reaksi terkejut.

 

“Naik train ada tol? Saya tak pernah dengar naik train ada tol,” jawab Wan Azizah sambil meninggikan sedikit suaranya.

 

Jawapannya itu mengundang gelak tawa dan senyuman sinis dari ramai wartawan yang mengelilingi beliau ketika itu.

 

 

Susulan itu pelbagai blog dan laman Facebook yang memuat naik video tersebut dengan status menyindir Wan Azizah mengundang reaksi jenaka sinis dan sindiran dari kebanyakan netizens.

 

“Ini klakar… bahan raja lawak tahun depan… jom naik train di pan borneo yg ada toll…,” kata Haire Kahfi di ruangan komen Youtube.

 

“Hahahaha lawak 2016. Kat sarawak cuma ada nama jln keratapi je makcik kipas. Keretapinya xda. So mana ada toll utk keretapi. Hahahaha,”
ulas Asam Pedas Sembilangdi ruangan komen FB Malaysia Idiots.

 

“Nenek kipas ni, dia tak tau apa pun, ada ka dia kata Pan Borneo tu landasan keretapi.

 

“Lain wartawan tanya lain dia jawab, ketua pembangkang bangang. Untung besaq pembangkang dpt ketua mcm ni,” ulas Mat Salim Samsuddin.

 

“Zainal Abidin Sapa kata Ahmad Maslan pemimpin benggong? Ada lagi yg super benggong,” komen Zainal Abidin di ruangan yang sama.

 

Tinjauan di pelbagai media sosial juga terdapat komen-komen yang mempertikaikan kemampuan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.

 

“Apa valid argument dia tentang bajet? kenapa ianya tidak bagus? at least bagi keterangan secara brief lah..dah nampak dah intergriti presiden pkr ni mcm mana hehehehe,” kata 13Shafiq666.

 

“Kak Wan, ketua pembangkang angguk. Yg buat skrip semua DAP,” kata seorang pengunjung blog MyMassa.  – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.