Siti Elizad Bersedia Jadi Ibu

Pelakon Siti Elizad tidak menolak dan sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata.

 

 

Menurut pelakon yang popular menerusi Teman Lelaki Upahan itu, dia bersyukur sekiranya mendapat rezeki anak awal.

 

 

“Kalau dapat rezeki sekarang, memang saya tidak menolak dan sudah bersedia. Kalau lambat pun, saya akan terus berdoa agar dikurniakan zuriat,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

 

 

Sementara itu, Siti Elizad juga sangat bersyukur kerana suaminya Shamsul Baharin Rahman, 43, sentiasa menyokong dirinya sama ada daripada aspek karier mahu pun peribadi.

 

 

“Alhamdulillah, memilih untuk berkongsi hidup dengan lelaki yang lebih matang daripada saya adalah perkara terbaik pernah saya lakukan.

 

 

“Dia sendiri seorang yang sangat sibuk dan sentiasa fokus kepada kerja, jadi dia juga mahukan saya lakukan perkara sama,” katanya.

 

 

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini,  dia juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri apabila diberikan kepercayaan sepenuhnya daripada suami.

 

 

Katanya, setiap hari dia akan pastikan membuat sarapan sebelum keluar bekerja.

 

 

“Baginya, selagi karier saya tidak mengganggu rumah tangga dan melampaui batas seorang isteri, itu sudah cukup. Bahkan, dia tidak pernah menghalang kerjaya saya selama ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.