Saya Akan Tanya Azmin Kenapa Lulus Tiga Lebuhraya – Wan Azizah

Kuala Lumpur – “Saya akan tanya dengan lebih rapi apa yang sebetulnya berlaku,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang didakwa memberi kelulusan pembinaan tiga lebuh raya di negeri itu.

 

Kata Dr Wan Azizah, beliau akan menggunakan kesempatan pembentangan Bajet 2016 negeri Selangor, Jumaat ini untuk berjumpa dengan Timbalannya itu.

 

“Jumaat akan ada Belanjawan Selangor. Saya akan minta dia jelaskan kepada parti.

 

“Saya hendak tahu status projek tersebut. Perkara ini di bawah LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia),” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.

 

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ini sebelum berkata, akan memanggil Azmin untuk beri penjelasan berhubung perkara itu.

 

“Saya tidak tahu dan saya tidak ada maklumat tetapi saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat dalaman kita untuk mendapatkan pengesahan daripada Menteri Besar samada kelulusan itu telah diberikan atau tidak,” katanya.

 

Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor apabila cuba melaksanakan penstrukturan air negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya ketika itu.

 

Rafizi yang ketika itu berperanan sebagai arkitek Langkah Kajang sehingga menyebabkan Abdul Khalid dipecat keahlian PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.