Remaja Sekarang Tiada Adab – Sheila Majid

Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa terkilan dengan sikap muda-mudi yang kini tiada adab dan tatasusila sebagai seorang masyarakat Timur.

 

Memetik laporan mStar online, penyanyi berusia 50 tahun itu berkata sekiranya adab tidak ditanam, lebih ramai golongan generasi Y tidak tahu erti sopan santun dan seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila serta pergaulan.

 

“Apa yang saya nampak, sikap golongan remaja yang begitu terbuka sehingga lupa untuk menghormati orang lain perlu dibendung sebelum ia semakin menjadi-jadi.

 

“Saya sendiri pernah ditegur dengan beberapa remaja dengan cara yang sangat tidak sopan di mana mereka melihat cara teguran ‘sempoi’ dan ‘cool’.

 

“Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun.

 

“Sekarang ini, bukan sahaja ibu-bapa yang perlu peka tentang perkara ini, tetapi juga golongan pendidik dan kerajaan,” tegasnya.

 

Sementara itu, Sheila bersyukur apabila ada pihak begitu menghargai bakatnya bagi menerbitkan filem Sinaran, sebuah karya muzikal yang menampilkan sebanyak sembilan buah lagu popularnya.

 

Antara lagu yang ditampilkan ialah Sinaran, Di Dalam Emosi Ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer Dan Jakarta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.