Pelajar Meninggal Dunia Ketika Duduki Peperiksaan

KUANTAN – Seorang pelajar Kulliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) meninggal dunia secara mengejut pagi tadi.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Tengku Nur Najihah Tengku Marzuki, 18, dilaporkan sedang menunggu untuk mengambil peperiksaan untuk kertas Arudh apabila tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

 

“Arwah ketika itu dilaporkan sedang belajar di surau sekolah sementara menanti untuk menduduki peperiksaan kertas berkenaan pada hari terakhir peperiksaan STAM semalam.

 

“Bagaimanapun, beliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan rakan-rakannya memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum ambulans dihubungi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 

Beliau berkata, Tengku Nur Najihah bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan jenazahnya dibawa ke Hospital Daerah Pekan untuk bedah siasat.

 

Beliau berkata, jenazah mangsa kemudian dituntut keluarga kira- kira 3 petang tadi untuk dikebumikan di Kampung Balok di sini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.