Netanyahu Mahu Batal Hak Penduduk Palestin

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkemungkinan akan membatalkan hak tertentu penduduk Palestin yang tinggal di Baitulmqdis Timur.

 

 

Menurut laporan Press TV kelmarin, sumber kerajaan mendedahkan pembatalan itu termasuk status penduduk dan hak perjalanan penduduk Palestin.

 

 

Susulan daripada itu, menurut anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi pihaknya bertindak mengecam langkah tersebut yang disifatkan sebagai rancangan jahat Israel untuk melakukan pembersihan etnik di wilayah itu.

 

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan Masjid al-Aqsa.

 

 

Sebuah badan amal di Jordan mendakwa tentera rejim Zionis sewenang-wenangnya mengarahkan kerja pemasangan CCTV  tersebut dihentikan walaupun ia adalah sebahagian daripada perjanjian antara Tel Aviv dan Amman yang bertujuan untuk meredakan ketegangan di Baitulmaqdis Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.