Naik LRT Percuma Sebulan

Kuala Lumpur – Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL hari ini membuka tawaran perjalanan percuma selama sebulan buat pengguna laluan empat stesen baru laluan Ampang yang akan beroperasi Sabtu ini.

 

Dalam satu kenyataan, empat stesen terbabit menggunakan perkhidmatan AMY, tren enam gerabak.

 

Token perjalanan percuma selama sebulan itu akan mula disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua empat stesen terbabit iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

 

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch ‘n’ Go untuk perjalanan percuma itu.

 

“Kami mencadangkan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan sepanjang perjalanan dalam rangkaian kami membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta terdapat juga perkhidmatan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit – Sunway Line,” kata Presiden Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

 

Memandangkan sistem LRT sedang dinaik taraf maka sistem isyarat sedang dijalankan dimana tren akan berhenti di stesen Sri Petaling dan pengguna boleh bertukar tren untuk meneruskan perjalanan ke stesen berikutnya melalui laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

 

Mereka yang dari laluan Ampang perlu turun di stesen Sri Petaling untuk perjalanan ke empat stesen baru itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.