Mangsa Rogol Penggal Kepala Anak Perogol

India – Hukum karma. Itu nasib yang diterima seorang perogol apabila seorang gadis yang menjadi mangsa ‘ratahannya’ bertindak memenggal kepala anak perogol terbabit yang berusia 5 tahun sebagai usaha untuk membalas dendam terhadap perbuatan terkutuknya terhadap mangsa.

 

Menurut The Times Of India, gadis tersebut yang berusia 13 tahun memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah dipukul oleh lelaki bernama Rinku di Utara Pradedesh iaitu sebuah kampung yang terletak di wilayah utara India awal bulan ini.

 

Gadis tersebut mendakwa Rinku memujuknya dengan memberikan sejenis alat pemutih yang disalahguna untuk membuatkan mangsa mabuk.

 

Akibatnya, mangsa nekad untuk membalas dendam dengan bertindak menculik anak Rinku yang ketika itu sedang bermain sebelum membunuh kanak-kanak terbabit.

 

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan hangus dalam beg plastik sampah yang digeledah anjing jalanan.

 

Sehingga kini, polis masih menyiasat kes rogol tersebut yang didakwa gadis itu dilakukan oleh bapa kanak-kanak terbabit.

 

Gadis muda itu dihantar ke Pusat Tahanan Juvana Ghaziabad manakala Rinku didakwa di bawah Akta Kesalahan Seksual kerana melanggar hak Perlindungan Kanak-Kanak.

 

Bagaimanapun, keluarga Rinku meminta supaya pihak berkuasa menggugurkan tuduhan terhadapnya kerana mendakwa tuduhan gadis tersebut adalah tidak berasas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.