Pejabat Peguam Negara Jadi Sasaran

Bandar Kunduz – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala lebih 10 lagi cedera di mana empat orang penyerang nekad mensasarkan pejabat peguam negara di utara Afghanistan.

Menurut laporan, serangan yang berlaku di bandar Kunduz dilapor mengorbankan tujuh orang pendakwaraya, dua pegawai polis dan seorang penduduk.

Pasukan keselamatan Afghanistan berbalas tembakan dengan penyerang selama empat jam apabila penyerang nekad meletupkan diri dan sebuah kereta.

Insiden berlaku di sekitar kawasan yang menempatkan bangunan pentadbiran tempatan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengaku kumpulan terbabit melancarkan serangan.

Katanya, ia adalah balasan kepada hukuman mati yang dikenakan ke atas tahanan Taliban.

Insiden berlaku sehari selepas perkhidmatan tentera Britain tamat di Wilayah Helmand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.