VIDEO: “Takkan Lah… PKR-UMNO Tak Bincang Kerjasama”, Tegas Wan Azizah

SERDANG – Tiada perbincangan mengenai kerjasama antara PKR dan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata beliau tidak mengetahui mengenai rancangan UMNO untuk membentuk kerjasama tersebut seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tidak bincang, kita mesti tengok macam mana…takkanlah hendak berkerjasama pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata UMNO berharap dapat membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dari Pakatan Harapan secepat mungkin.

Menurut Ahmad Zahid kerjasama itu boleh dicapai menerusi perjanjian bersama sebelum atau selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan media, desas-desus mengenai kerjasama tersebut muncul selepas Barisan Nasional bertindak memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sehingga menimbulkan persepsi UMNO mungkin bekerjasama dengan PKR bagi memberi laluan mudah untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan.

Ditanya mengenai kenyataan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semalam mengenai hasratnya untuk bertanding menentang Anwar sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut, Dr Wan Azizah berkata sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

“Itu hak dia. Sesiapa sahaja boleh bertanding,” katanya secara ringkas.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang baru-baru ini, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17, 710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.- BERNAMA

One thought on “VIDEO: “Takkan Lah… PKR-UMNO Tak Bincang Kerjasama”, Tegas Wan Azizah

  • September 28, 2018 at 6:12 pm
    Permalink

    pkr tk perlu korup.. biar korup dgn angan2 mimpi. dunianya!!!! dulu tk sedar skru baru nk buat kawan? pegilah…. korup kurap junam rudum hari ke hari….pkr solo lagi baik!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.