Sultanah Terengganu Teruskan Proses Saman Ke Atas Sarawak Report

KUALA LUMPUR ― Sultanah Terengganu tetap menyaman Sarawak Report berikutan dakwaan dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Exposé.

Wakil peguam berkata penjelasan editornya Clare Rewcastle-Brown semalam tidak diterima sebagai penyataan maaf dan proses saman “masih berjalan”.

“Bagaimana itu boleh dianggap satu permohonan maaf?” kata Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah ketika dihubungi Malay Mail.

Beliau berkata sidang media untuk menyaman Sarawak Report diteruskan di Hotel Sheraton Petaling Jaya dekat sini pagi esok.

“Sudah tentu kita akan teruskan, itu bukan permohonan maaf. Satu sidang media akan dibuat,” katanya.

Semalam, media menerima jemputan ke sidang media berkaitan saman Sultanah Nur Zahirah terhadap Sarawak Report.

Saman dibuat susulan buku itu didakwa mengaitkan baginda dengan suspek kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho, kenali Jho Low. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.