Mia Ahmad Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh suaminya, Izham Tarmizi di laman Instagram @izhamtarmizi24, dua jam yang lalu.

“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. Saya dapat anak lelaki, “ tulisnya di Instagram.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.