Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze berkata, kebanyakan kritikan dilemparkan adalah tidak tepat dan lebih bersifat mahu mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kita sudah melakukan pelbagai penambahbaikan dari aspek operasi dan mematuhi setiap peraturan ditetapkan kerajaan.

“Komitmen Lynas sejak memulakan operasi di sini adalah jelas dan kami ingin menjadi loji memproses nadir bumi bertaraf dunia dengan menekankan aspek pengurusan sisa secara lestari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE