Isa Samad Keluar UMNO Untuk Tanding Bebas Di PRK Port Dickson

PORT DICKSON – Bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sudah menghantar surat keluar dari parti itu dua hari lalu kerana mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Menurut Mohd Isa, tidak timbul sebarang masalah antara beliau dengan UMNO yang sudah lama disertainya itu.

“Saya bukan Ketua UMNO Bahagian lagi dan sekarang saya bebas bertanding. Tidak timbul soal kena pecat atau sebagainya.

“Memang saya kecewa UMNO kalah di Negeri Sembilan tetapi perkara itu sudah berlaku. Bila UMNO umum tidak meletakan calon, saya fikir perlu masuk bertanding kerana Port Dickson tempat saya,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, semua orang di Port Dickson sudah mengenalinya dan tidak sukar untuk berkempen.

“Namun saya masih perlu jumpa orang (pengundi), walaupun orang dah kenal. Saya tak kisah berapa ramai calon kerana saya terbuka. Semua orang ada hak untuk bertanding.

“Ada yang kata saya bertanding bukan nak menang, saya bertanding sebab yakin ramai pengundi kenal dan tahu khidmat saya di sini kerana saya lama menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, itu kelebihan saya untuk bertanding,” katanya.

Hadir sama, isterinya, Bibi Sharliza Abd Khalid, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Saini Idris dan bekas ADUN Linggi, Datuk Ismail Taib serta kira-kira 30 penyokongnya. – BH

One thought on “Isa Samad Keluar UMNO Untuk Tanding Bebas Di PRK Port Dickson

  • September 28, 2018 at 12:22 pm
    Permalink

    kes dia ni apa ceta? senyap tanah felda apa jadi? kes masih jalan kan! ni sama balaci parti korup kurap rasuah!!!! dakwa siasat tangkap hukuman biar tau langit tinggi rendah!!! usah lengah2 !!!! ni semua korup!!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.