Isa Samad Buat Keputusan Tepat – Zahid

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai pilihan tepat.

“Selamat maju jaya kepada Isa. Beliau membuat pilihan tepat (bertanding)’” katanya kepada media ketika ditemui selepas melawat persiapan akhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ), di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Isa bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut ketika ditanya apa yang dimaksudkannya sebagai ‘pilihan tepat’.

Isa dilaporkan berkata, beliau membuat keputusan bertanding kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas kerusi itu dikosongkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lalu.

Pada PRU-14, 9 Mei lalu beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN, Datuk VS Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Pakatan Harapan akan diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi itu.

PAS pula mengumumkan Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara, Johor, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar calon parti itu dalam PRK berkenaan.

PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain termasuk personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong. – BERITA HARIAN

2 thoughts on “Isa Samad Buat Keputusan Tepat – Zahid

  • September 28, 2018 at 5:31 pm
    Permalink

    tanding apa nya? org meluat menyampah benci nk tanding bungkus jawabnya..confirm punya!!! kes tk hbs2 baik duk diam jer! parti korup nk pulih mcm tk bolih da!!! rudum junam hangus adalah! korup kurap rosak da semua yg terlibat!! rakyat benci meluat jijik keji kotor khianat curi samun rompak!! apa lagi!! hancur lebur berderai berkecai bak abu debu.!!! usah mimpi ni menang..1 org pun tk dapat punya? rudum lah rudum!!

    Reply
  • September 28, 2018 at 5:33 pm
    Permalink

    ada hati ni jadi calon!!! kesian…. meluat benci sampah… tk jadi apa pun…makin org lebih meluat benci parti korup kurap…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.