Gempa 7.5 Magnitud, Indonesia Keluar Amaran Tsunami

JAKARTA: Wilayah tengah Indonesia digegarkan gempa bumi dengan kekuatan 7.5 magnitud, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan agensi bencana kebangsaan mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa melanda wilayah tengah pulau Sulawesi itu dengan kedalaman 10 kilometer, berlaku beberapa jam selepas gempa sederhana mengorbankan seorang di kawasan yang sama.

Agensi bencana Indonesia mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai barat Sulawesi dan pantai timur pulau Borneo, Indonesia.

Beberapa siri gempa melanda negara itu terutama di pulau Lombok sebelum ini yang mengorbankan kira-kira 500 orang dan memaksa ribuan penduduk berpindah serta berlindung di khemah.

Pada 2004, gempa 9.3 magnitud di dasar laut menyebabkan berlakunya tsunami di luar pantai Sumatera di barat Indonesia mengorbankan 220,000 orang penduduk di sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 rakyat Indonesia.

Indonesia adalah sebuah negara yang kerap dilanda bencana alam. Negara kepulauan yang terletak di atas ‘Lingkaran Api’ Pasifik itu adalah kawasan yang kerap berlaku letusan gunung berapi dan gempa bumi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.