‘Dress Up Your Mind’ Platform Luah Pandangan, Kritikan Puteri UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO memperkenalkan ruangan ‘Dress Up Your Mind’ bagi ahlinya menyalurkan pandangan dan kritikan pada Perhimpunan Agung UMNO.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, ahli atau golongan muda yang berminat boleh menulis pandangan atau kritikan mereka di atas kertas yang disediakan dan menggantungkannga pada ruangan yang dibuat daripada jaring kecil tersebut.

“Ini adalah aktiviti baharu Puteri UMNO yang memberi peluang kepada ahli dan anak muda yang mungkin malu hendak meluahkan pandangan, harapan atau kritikan.

“Mereka boleh tulis di sini, apa sahaja pandangan serta teguran membina akan kami terima. Setakat ini, saya tengok ruangan ini mendapat sambutan biarpun baharu sahaja kita buka,” katanya kepada Utusan Online di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 30 September.

Mengulas lanjut, Zahida berkata, selain ruangan ‘Dress Up Your Mind’, Puteri UMNO turut menyediakan beberapa tarikan lain seperti gerai ‘How Do I Look’, Pentas Kita, Road To PAU dan perkhidmatan refleksologi.

“Di sini ada juga gerai ‘How Do I Look’ yang menggalakkan wanita muda untuk meningkatkan mereka menerusi tutorial, bagaimana hendak menjaga kecantikan dan kesihatan.

“Pentas Kita pula platform untuk orang muda yang teringin menguji bakat berdebat menerusi forum yang kita adakan. Yang penat naik tangga, kita ada tempat urut kaki,” katanya. – UTUSAN ONLINE

One thought on “‘Dress Up Your Mind’ Platform Luah Pandangan, Kritikan Puteri UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.