Bajet 2019: Harap Kerajaan Mansuhkan Hutang PTPTN

KUALA LUMPUR – Kerajaan diharap mempertimbangkan untuk memansuhkan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2019 nanti.

Itu antara sembilan cadangan yang dikemukakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd. Zai berkata, pihaknya telah menyerahkan kesemua cadangan tersebut kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk dipertimbangkan dan diperuntukkan dalam Bajet 2019.

“Kami berharap agar suara kami didengari oleh para menteri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.