Isa Samad Hantar Surat Keluar UMNO Dua Hari Lalu

KUALA LUMPUR – Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
“Saya beri (surat) kepada Bahagian dan esok lusa dia beri kepada pejabat,” katanya dalam sidang media di Port Dickson.

Menurut Isa, tidak timbul soal dipecat kerana beliau sememangnya telah berhenti daripada menjadi ahli UMNO.
Ditanya sama ada beliau kecewa apabila UMNO memutuskan tidak bertanding di Port Dickson, Isa menjelaskan pendiriannya bahawa sebagai sebuah parti, sememangnya keputusan tersebut amat merugikan.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

PRK Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober ini manakala penamaan calon adalah pada Sabtu, 29 September dan hari undi awal adalah pada 9 Oktober.

Parti Rakyat Malaysia (PRM), calon bebas, Stevie Chan Keng Leong dan bekas setiausaha agung MIC, Datuk S. Kumar sudah menyatakan hasrat masing-masing sekali gus menyampaikan mesej akan wujud pertandingan bagi kerusi Parlimen itu yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Kemang, sebelum persempadanan semula dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pas juga telah umum akan bertanding di Port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi tersebut pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Danyal memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.-SuaraTv

3 thoughts on “Isa Samad Hantar Surat Keluar UMNO Dua Hari Lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.