Video: Keluarga Suspek Bakar Tahfiz Tak Perlu Jumpa Saya – Ibu Mangsa

KUALA LUMPUR – Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Hartini Abdul Ghani menegaskan bahawa keluarga suspek tidak berjumpa dengannya.

Menurut beliau, tindakan tersebut hanya sia-sia kerana ia tidak menjernihkan keadaan yang sedia ada.

“Saya rasa saya tak perlu untuk jumpa dengan mereka, kerana ia tidak akan menjernihkan keadaan yang sekarang,” katanya ketika di temui media di Mahkamah di sini tadi.

Dalam pada itu, ketika ditanya perasaanya ketika ini, beliau hanya redha dengn ketentuan dan tidak dapat membayangkan perasaannya pada ketika ini.

Namun begitu, beliau berharap agar peristiwa ini diambil pengajaran agar ia tidak berulang lagi.

“Bagi pihak saya kesedihan itu tidak dapat dinafikan, kehilangan anak itu kita dah redha. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana sebab orang luar tak tahu apa yang saya rasa.

“Tapi kita harap hal ini akan diambil pengajaran dan tidak akan berulang lagi,” ujarnya.

Terdahulu, kebakaran pusat tahfiz pada kira-kira 5.15 pagi itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.