Video : Gara-Gara Penumpang Khayal, Bas Terlanggar Tembok

Rakaman video seorang lelaki yang tiba- tiba datang ke arah pemandu dan memusingkan stereng bas jadi tular di media sosial.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Changsha di Wilayah Hunan, China.

Dilihat dari rakaman video, lelaki ini tiba-tiba menyelinap ke arah pemandu.

Dia kemudiannya memusingkan stereng bas sehingga menyebabkan pemandu yang mengawal bas terheret sama sehingga berlaku kemalangan.

Menurut media tempatan, lelaki itu dipengaruhi dadah.

Penumpang telah menangkap lelaki itu dan beberapa minit kemudian pegawai polis datang untuk melakukan tangkapan.

Dari insiden ini tidak ada yang terluka, namun keadaan hadapan bas rosak teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.