Song Hye Kyo, Song Joong Ki, Melancong Ke Paris Sebelum Kahwin

Pasangan drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilaporkan melancong bersama ke Kota Paris sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung Oktober depan.
 
Perkara itu didedahkan oleh portal Dispatch Korea hari ini beserta beberapa seleksi gambar sebagai bukti.
 
Menurut Dispatch, gambar tersebut merupakan hasil bidikan peminat pasangan yang terkenal dengan gelaran Song Song Couple itu, lapor Gempak.
 
Menerusi foto-foto yang dikongsi jelas menunjukkan wajah bahagia pasangan tersebut dan Song Joong Ki juga memberikan pandangan penuh kasih sayang kepada tunangnya itu.
 
Manakala Song Hye Kyo pula memeluk lengan bakal suaminya sambil berjalan-jalan di dalam sebuah pusat membeli-belah di negara tersebut.
 
Terdahulu, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah memilih San Francisco sebagai lokasi untuk menjalani sesi penggambaran pra perkahwinan mereka.
 
Majlis perkahwinan pasangan ini akan berlangsung pada 31 Oktober bertempat di Shilla Hotel, Seoul.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.