Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dilarang untuk pergi ke Korea Utara sehingga diberitahu, kata Kementerian Luar.

“Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi kementerian di talian +603-8000 8000 (semasa waktu pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat). – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.