Putin Jumpa Erdogan Bincang Isu Syria, Beli Senjata

ISTANBUL – Presiden Russia Vladimir Putin hari ini bertemu rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk rundingan berkaitan Syria dan perjanjian senjata.

Menurut Reuters, Walaupun permusuhan serantau sejak Empayar Uthmaniyyah dan dinasti Romanov, Russia dan Turki bekerja rapat sejak penyatuan 2016 menamatkan krisis disebabkan insiden menembak jatuh sebuah pesawat perang Russia di Syria, lapor BH.

“Russia dan Turki bekerjasama dengan erat,” kata jurucakap Putin, Dmitry Peskov sebelum lawatan kerja sehari Putin ke Ankara.

Kedua-dua Moscow dan Ankara menyokong pembentukan empat ‘zon bebas konflik’ di Syria bagi menamatkan perang saudara yang berlarutan sejak 2011.

Sementara itu, Turki, negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dilaporkan menandatangani satu perjanjian senjata bernilai AS$2 bilion (RM8.44 bilion) untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia, tindakan mengejutkan sekutunya dalam pakatan itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.