Pertelingkahan Pembangkang Baik Untuk BN, Kata Firma Penyelidikan

(Berita Daily) – Penganalisis BMI Research mencadangkan hari ini bahawa kekacauan di kalangan parti pembangkang akan memecah belahkan asas sokongan mereka dan mendatangkan manfaat kepada Barisan Nasional (BN).

Unit Fitch Group juga berkata ini menyebabkan imej BN dilihat sebagai “sebuah kerajaan yang stabil dan boleh dipercayai yang berkhidmat untuk rakyat”, yang mana memberi kesan yang baik untuk kedua-dua landskap politik dan persekitaran perniagaan.

“Kekecohan di dalam pembangkang adalah baik untuk BN, yang mana kami jangkakan akan menjadi penerima manfaat terbesar dari pertandingan tiga penjuru itu,” katanya dalam satu laporan.

BMI juga berkata Umno berjaya mengingatkan orang ramai mengenai rekod prestasi ekonomi BN, satu mesej yang akan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi Malaysia sejak 2016.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah melebihi sasaran untuk dua suku yang sebelumnya: 5.6% pada suku pertama dan 5.8% pada suku kedua.

Bank Negara Malaysia telah menaikkan ramalan pertumbuhan KDNK tahun 2017 ke atas 4.8%, dari sekurang-kurangnya 4.3% sebelum ini.

Firma itu juga berkata bahawa BN sedang cuba memasuki kubu kuat PAS iaitu Kelantan, yang mana mencadangkan bahawa pengundi lebih prihatin terhadap isu ekonomi dan bukannya kepercayaan.

Ia juga meramalkan bahawa Umno akan mendapat manfaat di negeri pantai timur kerana parti-parti baru iaitu Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan membahagikan lagi undi pembangkang, lapor Malay Mail Online.

Dalam laporan yang sama, BMI juga mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan BN akan mendapat manfaat daripada penyertaan semula mantan Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib.

Pada bulan Ogos, Pakatan Harapan sebulat suara memutuskan untuk tidak memasukkan PAS dalam mana-mana rundingan kerusi dan akan mencari jalan untuk mengatasi pertandingan tiga penjuru melawan BN dan parti Islam itu.

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 27 September 2017

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/research-house-says-opposition-bickering-good-for-bn/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.