Pengasas Playboy Meninggal Dunia

Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner meninggal dunia pada usia 91 tahun disebabkan sakit tua.

Menerusi sebuah kenyataan dikeluarkan oleh majalah Playboy kepada E Online, Hugh telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, The Playboy Mansion pada Khamis.

“Hugh merupakan seorang ikon Amerika yang telah memperkenalkan majalah Playboy pada 1953 sehingga ia menjadi jenama terkenal dunia meninggal dunia dengan tenang disebabkan sakit tua.

“Semua ahli keluarga berada disisi Hugh disaat dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.

“Kami semua di Playboy Enterprise akan sentiasa merindui mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dengan berita kematian ini,” tulis kenyataan itu, lapor Gempak.

Hugh dilahirkan pada 9 April 1926 di Chicago Illinois dan berkahwin dengan Mildred Williams pada 1949 sebelum bercerai sepuluh tahun kemudian.

Hugh kemudian berkahwin dengan Kimberley Conrad pada 1989 sebelum bercerai pada 2010.

Mendiang kemudiannya berkahwin pula dengan Crystal Harris pada Disember 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.