Pengasas Playboy, Hugh Hefner Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Pengasas majalah lucah, Playboy, Hugh Hefner telah meninggal dunia pada usia 91 tahun. Hefner meninggal dunia di rumah agam Playboy yang terkenal di Los Angeles.

Rumah agam itu telah dijual pada 2016 namun berdasarkan kepada syarat penjualan, Hefner dibenarkan menetap di situ hingga meninggal dunia.

Dia yang dilahirkan pada 9 April 1926 in Chicago, Illinois, menjadi jutawan selepas menerbitkan majalah lucah berkenaan pada 1953.

Ketika zaman kegemilangannya, Hefner mengumpul kekayaan hingga RM844 juta.

Dia memulakan penerbitan majalah Playboy berbekalkan wang sebanyak RM4,000 yang dipinjam daripada ibunya. Playboy menjadi hit hinggakan 50,000 keping majalah itu berjaya dijual dalam keluaran pertamanya yang menampilkan Marilyn Monroe pada muka depannya.

Penjualan majalah itu kemudiannya meningkat dan mendapat tujuh juta langganan menjelang tahun kedua penerbitannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.