Pelakon Beri Amaran, Dikaitkan Dengan Video Lucah

Pelakon Eyka Farhana memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengaitkan dirinya dengan penyebaran sebuah video lucah yang dikongsi menerusi laman YouTube.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) Eyka mengakui dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuba mengaibkan namanya dengan penyebaran video tersebut.

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini.

“Saya masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini.

“Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak.

“Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya.

“Jika tidak pihak pengurusan saya Mind Order tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Terima kasih,” tulisnya, petik Gempak.

Rata-rata peminat mengakui terkejut dan berharap agar Eyka tabah menempuhi dugaan ini serta segera membuat laporan polis agar tindakan dapat diambil.

Video yang menyerupai mirip Eyka itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.